Soalan: salam..saya dan suami baru mendirikan rumah tangga..suami saya sebelum ini belajar di indonesia..dia belajar agama ikut mazhab maliki mankala saya di malaysia mengikut mazhab syafie... sekarang ini saya dan suami menetap di Malaysia. terdapat 3 soalan di sini;
1. soalan pertama; antara saya dan suami..mazhab mana yang perlu diikuti?adakah saya perlu mengikut suami sedangkan kami berada di Malaysia yang mengikut Mazhab Syafie..
2. soalan kedua; suami saya selalu menyentuh saya selepas beliau megambil wuduk..padanya tidak batal kerana beliau mengikut mazhab maliki..tetapi saya selalu melarang beliau menyentuh saya apabila saya berada dalam wuduk..saya keliru..yang mana perlu saya ikut..
3. soalan ketiga; setiap kali solat subuh suami saya tidak membaca qunut..tetapi saya setiap kali subuh mesti baca qunut kerana ianya sunat yang dituntut..kalau kami solat berjemaah perlukah saya melakukan sujud sahwi kerana suami saya tidak membaca qunut
Jawapan;
1. Mazhab-mazhab empat (Hanafi, Maliki, Syafiie dan Hanbali) merupakan mazhab-mazhab yang muktamad dalam Ahlus Sunnah wa al-Jamaah. Oleh itu, harus orang Islam melaksanakan kewajipan agamanya dengan beramal dengan mana-mana satu dari mazhab tersebut, tetapi hendaklah melalui pengajian dari guru/ustaz yang faqih tentang mazhab tersebut dan bukan hanya melalui pembacaan dari buku sahaja.
2. Berpegang dengan satu-satu mazhab tertentu tidaklah wajib. Namun bagi orang awam yang tidak mampu memahami sendiri al-Quran dan as-Sunnah, berpegang dengan satu mazhab adalah langkah terbaik baginya untuk mengelak dari kesukaran dalam melaksanakan agama dan risiko pemahaman yang terlalu menyimpang dari kehendak agama (jika ia cuba memahami sendiri nas al-Quran atau as-Sunnah sedang ia tidak ada kemampuan). Berpegang kepada mazhab bukan bermakna meninggalkan al-Quran dan as-Sunnah, tetapi ia masuk dalam pengertian bertanya orang yang mengetahui bagi masalah/persoalan yang kita tidak tahu, iaitu sebagaimana yang diperintahkan Allah; "Maka hendaklah kamu bertanya kepada orang yang mengetahui jika kamu tidak mengetahui" (an-Nahl; 43)
Apabila kita tidak dapat memahami sendiri hukum dari al-Quran dan as-Sunnah kerana tidak mampu, lalu kita bertanya orang yang memahaminya dan kita berpegang/beramal dengan pandangannya, maka itu bermakna kita bermazhab dengan mazhabnya. Sebaik-baiknya ialah kita berpegang dengan mazhab dengan mengetahui dalil-dalilnya. Kerana itu, sebahagian ulamak membahagikan ikutan kepada mazhab ini kepada dua bentuk;
A) Taklid; iaitu mengikut tanpa mengetahui dalil atau tanpa bertanya tentangnya.
B) Ittiba'; iaitu mengikut dengan mengetahui dalil.
Antara dua di atas, sudah tentu yang kedua lebih baik dari yang pertama.
3. Apabila seorang itu beramal dengan mana-mana satu dari mazhab empat yang diakui tadi, amalannya adalah sah. Orang yang berbeza mazhab dengannya tidak harus mempertikainya selama amalannya mengikut mazhab yang diyakininya. Jika ia menjadi imam, harus orang-orang Islam lain menjadi makmum di belakangnya sekalipun berbeza mazhab dengannya. Ini kerana sah atau tidaknya solat kita bukan bergantung kepada mazhab apa yang kita pegang, tetapi bergantung kepapa "adakah solat kita menepati al-Quran dan as-Sunnah atau tidak?". Orang yang tidak dapat memahami sendiri al-Quran dan as-Sunnah, ia dikira mengerjakan solat mengikut al-Quran dan as-Sunnah apabila ia bertaklid atau berittiba' kepada orang yang memahaminya.
4. Dalam masalah berbeza mazhab antara suami dan isteri, tidaklah isteri dituntut mengikuti mazhab suami apabila berkahwin dan begitu juga sebaliknya. Beramal mesti dengan keyakinan, bukan dengan mengambil hati orang lain. Keyakinan orang yang bertaklid dan berittiba' ialah kepada mazhab yang diikutinya. Oleh itu, apabila berlaku perkahwinan antara suami isteri yang tidak sama mazhab, antara suami dan isteri hendaklah saling memahami dan saling bertolak ansur. Dalam masalah batal wudhuk tadi sebagai contoh; apabila suami mengetahui isterinya berpegang dengan mazhab Syafiie, janganlah ia dengan sengaja menyentuh kulit isterinya apabila telah berwudhuk dan sedang bersiap untuk solat. Namun sebagaimana kita sebutkan tadi iaitu berpegang dengan sesuatu mazhab tidaklah wajib, maka tidak menjadi kesalahan jika suami dan isteri mengkaji pandangan yang paling rajih bagi masalah tersebut (dan masalah-masalah lain yang diiktilafkan oleh ulamak) dengan merujuk pandangan dan ulasan ulamak-ulamak semasa, kemudian beramal dengan pandangan yang rajih itu secara bersama suami dan isteri. Di sini tidaklah menjadi larangan kerana persepakatan bukan atas dasar ingin mengambil hati pasangan, tetapi kerana keyakinan bersama.
5. Mengenai qunut subuh, dalam mazhab Syafiie sendiri qunut subuh tidaklah wajib. Oleh itu, jika imam meninggalkan qunut sama ada kerana terlupa atau kerana bermazhab lain, makmum hendaklah mengikut imam (yakni turut tidak membaca qunut) kerana Nabi bersabda; “Sesungguh Imam itu dilantik untuk diikuti" (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Anas r.a.). Kemudian apabila imam memberi salam, makmum disunatkan sujud sahwi bagi menggantikan qunut subuh yang ditinggalkan tadi. Dalam hal ini, makmum tidaklah dikatakan menyalahi imam kerana ikatannya dengan imam telah terputus apabila imam memberi salam.
Dikecuali jika makmum hanya mengambil masa yang singkat sahaja untuk membaca qunut iaitu ia merasakan akan masih sempat sujud bersama imam walaupun dengan membaca qunut, pada ketika itu masih disunatkan makmum membaca qunut secara sendirian apabila imamnya tidak membacanya. Namun jika ia merasakan akan ketinggalan sujud pertama dengan imam jika membaca qunut (yakni hanya akan kembali bersama bila imam duduk antara dua sujud), makruh ia membaca qunut ketika itu (yakni tidak dilarang, cuma tidak digalakkan). Namun jika ia merasakan dengan membaca qunut akan menyebabkan ketinggalan jauh dari imam hingga melepasi sujud pertama dan duduk antara dua sujud (yakni hanya akan kembali bersama imam setelah imam turun untuk sujud kedua), wajib ia meninggalkan qunut, melainkan ia mufaraqah dari imamnya dan meneruskan solat sendirian (haruslah ia membaca qunut).
Walallahu a'lam.
Rujukan;
1. Al-Majmuk, Imam an-Nawawi, Kitab as-Solah, bab Solati al-Jamaah, 4/208.
3. Hasyiah al-Baijuri Ala Ibnu al-Qasim, 1/194.

No comments:
Post a Comment